Monday, 8 October 2012

Allah sebaik-baik pengatur


Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog, di beri jua kesempatan ini. Terima kasih Ya Allah !
Sejak berminggu-minggu sibuk menyiapkan persiapan untuk final exam, alhamdulillah akhirnya final exam yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Tinggal 2 paper lagi yang masih belum dijawab. Semoga Allah permudahkan segalanya.

Semakin hari semakin matang menempuh ujian hidup. Syukur alhamdulillah kerana Dia telah memilih kita untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang terindah ini. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Monday, 9 July 2012

Al-Quran kitab Cinta

Kenapa hati ni,
Kenapa hati masih belum tenang,
Padahal aku baru saja selesai mengaji Al-Quran,
Berzikir pun sudah,
Solat sunat pun sudah,
Tapi kenapa hati kusut lagi ni,



Alhamdulillah,
Tanganku menggapai senaskah tafsir Al-Quran,
Sebelum membaca kitab cinta itu,
Niatku dalam hati adalah untuk sedekahkan bacaan tersebut,
Buat hamba-hamba Allah di muka bumi ini,


Alhamdulillah,
Ketenangan amat aku rasai,
Tatkala memahami maksud ayat-ayat cinta itu,
Alhamdulillah,
Dengan adanya tafsir Al-Quran,
Aku lebih memahami keindahan dan ketenangan Islam...

Saturday, 23 June 2012

Solehah dahulu, baru dapat si soleh


Ouuhhh mammaa...
saya mahu kahwin...
kahwin dengan siapa...
siapa pun saya tak tahu...
Sebab saya pon tidak ada calonnya...



Lirik lagu diatas menjadi tajuk perbualan hangat bagi aku dan rakan-rakan. Al maklumlah, semakin meningkat dewasa, ramai pula rakan-rakan seperjuangan yang telah menamatkan zaman bujang mereka. Teringin jugak untuk menikah awal, tapi belum bersedia sepenuhnya. Apa yang penting adalah menyiapkan diri untuk menjadi si solehah dahulu, kemudian Allah akan kurniakan si soleh untuk diri ini. Segalanya bermula dengan diri kita dahulu. Niat kerana Allah S.W.T.

Tuesday, 19 June 2012

Jangan terus berjumpaku


Bismillahirrahmanirrohim..Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Jika lelaki itu datang terus kepadaku untuk melamarku,
Maaflah,
Aku akan menolaknya,
Kerana,
Aku punyai prinsip yang tinggi,
Aku tidak mahu mendekati dan melakukan zina,
Walaupun zina hati,
Aku bimbang jika lelaki itu datang terus kepadaku,
Kami akan mendekati zina,
 Jadi,
jika kamu mahu memperisterikan aku,
Teruslah berjumpa dengan kedua ibubapa tercintaku,
Ceritalah niatmu kepada mereka yang amat aku sayangi,
InsyaAllah,
Aku pasti akan menerimamu sebagai suamiku.


Sunday, 17 June 2012

Terima Seadanya.


Jika diberi pilihan untuk memilih pasangan hidup, agamanya lah yang paling utama..Setelah sempurna agamanya, maka lahirlah cinta yang suci kerana Allah..Aku mencintaimu krn agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu..

Setelah sempurna agamamu, aku tidak akan kesal dengan memilihmu..
Impian aku adalah untuk memiliki pasangan hidup yang lebih matang dariku. Kalau boleh 'dia' tua 2 atau 3 tahun dari aku. Jika 'dia' datang berjumpa ibu dan ayahku untuk melamarku, aku tekad untuk menerimanya kerana aku yakin dengan agama yang dimilikinya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Aminn...

Ya Allah Ya Tuhanku,
jika 'dia' adalah jodohku,
Engkau permudahkanlah ikatan yang sah diantara kami,
Agar kami dapat membimbing antara satu sama lain,
Dalam menuju redha Mu Ya Rabbul Izzati...


Wednesday, 6 June 2012

Berkenalan di facebook, di izinkan Allah utk face to face !


Alhamdulillah,
First time jumpa kak ida yang sebelum ni hanya kenal di facebook,
Aku mula berkenalan dengan kak ida pada hari ibu 2011,
Sekarang sudah setahun sebulan kami berkenalan,
Alhamdulillah,
Akhirnya aku dan dia diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu,
Walaupun pertemuan itu agak singkat,
Alhamdulillah,
Aku tetap bersyukur kerana dapat bertemu dengan beliau,
Selama setahun sebulan kami berhubung melalui phone,
Berkongsi pengalaman, nasihat dan kekuatan,
Alhamdulillah,
Kami di izinkan Allah untuk bertemu…
Terima kasih Ya Allah !

Thursday, 24 May 2012

aku datang bulan !!



Arghhhh!!! Sakitnya hati aku !!!

Inilah tanda-tandanya seorang wanita itu akan datang bulan. Cepat sangat naik angin, cepat sangat marah, cepat sangat terasa hati dan cepat sangat merajuk. Lumrah wanita yang sudah matang. Pada kebiasaannya tanda-tanda ini akan dirasai oleh seseorang wanita seminggu sebelum didatangi ‘hari berdarah’.

Berdasarkan pengalaman aku selama ini, tanda-tanda yang telah aku sebutkan diatas memang terjadi pada diriku. Apabila aku sedar yang diri aku ni cepat sangat sensitif, nak marah orang dan cepat naik angin aku akan lihat kalendar. Rupanya-rupanya bulan nak mai dah. Jadi, untuk mengelakkan diriku daripada membiarkan syaitan-syaitan menghasut akal dan minda untuk bertindak agresif ketika sedang marah, aku perlu beristighfar berulang kali agar diri ini tidak termakan pujuk rayu syaitan. Alhamdulillah, dengan memperbanyakkan istighfar hatiku tenang. Mungkin ketika aku di zaman jahiliyah dulu, kalau aku naik angin habis penyapu di rumah aku patahkan. Dasyat tak dasyat lah aku apabila naik angin. Dah tiga batang penyapu aku lingkupkan.




Sejak kecil lagi perangai aku teruk sangat. Bila merajuk ja mesti rosakkan harta benda yang ada disekeliling aku. Masa tu aku memang tak reti kawal emosi. Very bad attitude i have.

Alhamdulillah, sekarang aku slow-slow dan istiqamah dalam mengubah perangai buruk aku ni. Hanya doa yang sentiasa aku titipkan untuk membetulkan hatiku ini. Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, aku kini dapat mengubah perangai buruk aku yang suka menjahanamkan harta benda ketika marah kepada perangai yang lain. Mungkin perangai ini lebih ok sikit daripada perangai lama tu.

Sekarang ni, kalau aku rasa nak marah, naik angin dan baran, aku akan terus masuk bilik, kunci pintu, on laptop dan pasang lagu yang ada dalam laptop sekuat yang boleh. Sampai maximum volume aku pasang. Alhamdulillah, dengan cara ini aku dah tak jadi vandalism lagi.

Walau bagaimanapun, aku bukanlah seorang yang pemarah. Aku cuma jadi pemarah ketika tanda-tanda ‘hari berdarah’ sahaja. Hari-hari lain Alhamdulillah aku ok saja.

hijrah diana amir, yat



Alhamdulillah, hatiku semakin berkobar-kobar dalam penghijrahan ini tatkala mendapat tahu para artis seperti Irma Hasmie, Diana Amir dan Yat turut sama dalam penghijrahan ini. Hidayah milik Allah. Bagi sesiapa yang telah dipilih oleh Allah dengan pemberian hidayah Nya itu hendaklah meneruskan penghijrahannya tanpa berpaling semula ke jalan neraka. Malam tadi, aku agak kecewa kerana tidak sempat menonton dari mula rancangan Soal Wanita di tv al-hijrah (stesen kegemaran aku) kerana aku lupa untuk membuka chanel tv tersebut di awal rancangan. Ini kerana ayah aku sibuk menonton perlawanan akhir bola sepak pada malam tadi.

Alhamdulillah, walaupun terlewat sedikit, aku bersyukur kerana dapat juga menonton Soal Wanita dengan izin Allah. Mula-mula aku tengok tetamu undangan Diana Amir dan Yat. Aku melihat Yat berhijab. Dalam hatiku berkata, ‘maybe sebab jadi tetamu dalam Soal Wanita Yat pakai tudung’. Rupa-rupanya anggapanku salah. Allah Maha Penyayang. Dia telah mengurniakan hidayah Nya kepada Yat. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan penghijrahan mereka.




Konsep dakwah yang aku tekankan adalah ‘slow-slow dan istiqamah’. Kita sebagai hamba Allah yang sangat hina ini perlulah sentiasa memperbaiki kesilapan diri dengan cara slow-slow dan istiqamah. Jangan sesekali melakukan penghijrahan dengan cara yang drastik kerana kemungkinan besar penghijrahan itu akan bertahan hanya seketika.
Sebagai seorang hamba Nya yang kerdil, kita tidak boleh menghukum seseorang itu sesuka hati. Hanya Allah sahaja yang layak untuk menghukum hamba Nya. Jadi, apa yang patut kita buat kalau dah tak boleh menghukum orang? Nak biarkan saja?

Islam itu indah. Kita sepatutnya membantu seseorang yang telah membuat kesilapan itu untuk berubah. Jangan sesekali memperlekeh perubahannya. Jadilah pendorong untuknya. Aku sebagai hamba Nya yang pernah melalui zaman jahiliyah suatu ketika dahulu berasa sangat bersyukur kerana Dia telah menerangi jalan hidupku. Alhamdulillah, hidupku semakin tenang dan kuat dalam penghijrahan ini kerana Dia telah mengurniakan aku seorang teman yang bersama-sama berjuang dalam penghijrahan ini iaitu Siti Aishah binti Azalan. Alhamdulillah, terima kasih Allah !

Friday, 4 May 2012

Kau wanita muslimah yang aku cari



Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana…
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Bukan bimbang dipandang tidak menarik,
Tapi demi memastikan syariat Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
Kepuasan Allah itu kerisauannya,

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana…
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
Bukan kerana takutkan poligami,
Bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILLAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi,

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana…
Walau jauh dia berada,
Walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah
Yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
Syurganya di dunia,
Mencari dan terus mencari cinta ILLAHI !!!

By: motivasi Islam

Sunday, 29 April 2012

'slow-slow dan istiqamah'


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....syukur pada Mu ya Allah krn tlh mmudahkn p'temuan aku dan Siti Aishah binti Azalan, shbtku yg di rindui selama ini..

Sebenarnya aku sgt2 hepy pd hari ini sbb dpt b'temu dgn ct yg amt aku rindui sgt2..al maklumlah, kami dulu rkn sekelas. kami kenai antra 1 sma laen masa kami form 1 lagi. ct mmg hepy go lucky person. dia suka sgt buat org ketawa.

sgt hepy bila b'sembang dgn ct. hari ini sgt b'mkna buat kami. Terima kasih Ya Allah ! setelah zaman jahiliyah yg kami berdua lalui sblm ini telah pon berakhir, aku panjatkan kesyukuran alhamdulillah kehadrat Illahi yg telah mengurniakn petunjuk dan hidayahNya kpd kami. Jadikan pengalaman itu sbgai teladan.



Ayat yg sgt b'hkmah dikirimkan oleh ct khas utk aku sbntar td,

Dahulukan cinta Allah, InsyaAllah,
Dia akan hadiahkan kamu kumbang yang berharga,
Untuk mawar yang terindah.


Seriusly, aku nak nangis dgr ayt ni sbb sblm ni aku dah byk buat dosa pada zaman jahiliyah dulu.

Inilah hikmahnya zaman jahiliyah trsebut. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau p'mudahkanlah p'jalanan penghijrahan kami ini agar kami istiqamah mneruskn p'jlnn yg mulia ini untuk menuju kpd Mu Ya Allah..Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam...


Thursday, 12 April 2012

~Satu Cinta~




Ku memohon dalam sujudku pada Mu,
Ampunkanlah segala dosa dalam diri,
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan,
Pendirianku, Keimananku,

Ku memohon dalam sujudku pada Mu,
Ampunkanlah segala dosa dalam diri,
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan,
Pendirianku, Keimananku,

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari,
Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMu,
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri,
Ku teguhkan hati ini,
Hanya pada Mu ku pasrahkan,
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari,

Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMu,
Oh Tuhan selamatkanlah hamba ini,
Dari segala fatamorgana dunia,
Oh Tuhan jauhkanlah hamba ini dari hidup yang sia-sia,
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari,
Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMu,
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri,

Ku teguhkan hati ini,
Hanya pada Mu,
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari,
Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMu,
~Satu cinta by starfive~

Penerang Hati =)



Cintaku kerana Mu.





Ya Allah,
Hamba Mu ini adalah insan yang lemah,
Engkau bantulah diriku ini dengan kekuatan Mu,
Aku pernah tersungkur dengan nafsuku sendiri,
Engkau jauhkanlah diri ku ini daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan hati dan akidah ku,

Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu,
Engkau limpahkan kepadaku cahaya petunjuk dan hidayah Mu,
Engkau kurniakanlah cinta Mu kepadaku,
Kerana aku mendambakan cinta Mu Ya Robbul Izzati,

Ya Allah,
Jika diriku ini mencintai seorang Adam,
Jadikanlah cinta kami ini cinta yang halal iaitu cinta selepas nikah,
Engkau semaikanlah dalam hatiku ini mencintai dia adalah kerana Mu,
Engkau janganlah pesongkan hati kami dari hidayah Mu,
Kerana aku takut jika berjauhan dengan Mu Ya Allah,

Ya Allah,
Engkau permudahkanlah cinta dalam diam ku ini,
Kerana aku tidak mahu menjadi fitnah kepada Adam,
Aku tidak sanggup melalaikan dia dengan cintaku ini,
Biarlah aku pendamkan perasaan ini,
Kerana aku yakin dengan cinta Mu Ya Allah,

Ya Allah,
Jika dia adalah jodohku,
Maka Engkau semaikanlah cinta dia terhadap diriku ini adalah kerana Mu Ya Allah,
Engkau elakkanlah kami daripada melakukan perkara-perkara maksiat,
Kerana aku tahu sesebuah perkahwinan itu tidak akan mendapat keberkatan Mu jika pernah melakukan maksiat sebelum di ijab kabul kan.

Tuesday, 10 April 2012

Kembalinya Pakteh kepadaNya..





Selepas selesai menunaikan solat maghrib pd mlm td (10.4.2012), aku terus mencapai handset dan menaip msj b’unsurkn kata2 semangt utk di hntr kpd saudaraku,Dila. Kemudian aku smpat bertanya kpd dila tentang perkembangan kesihatan ayahnya (pakteh aku). Dila bagitaw aku yang ayahnya semakin teruk. Hanya doa yg dpt kami panjatkan ketika itu. Aku senang b’kwn dgn Dila sbb kami ‘1 kepala’ jgk la. Dia seorang yg suka gelak. Hepy cgt kwn ngn dia =)

Kringgg!!! Telefon rmh b’dering tpt jam 12.20 mlm. Time tu aku tgh lyn fb. Hatiku kuat mengatakan panggilan telefon tu adalah utk menyampaikn suatu berita sedih sbb xkan ada org nk telefon time pukol 12 lebih. Tepat tekaan ku ! innalillahiwainnalillahirojiunn…pakteh dah x ada..
Bila ja ak dgr berita tu aku tergamam sat. ‘Allah lebih menyayangi pakteh’, seperti ada sesuatu yg membisikkan perkataan itu di telingaku. Pantas aku membaca surah al-fatihah utk disedekahkan pd arwah pakteh.

Selang beberapa minit kemudian, aku menerima msj dari Dila. ’Ayah dah tak de’, skrin handsetku memaparkan ayat2 itu. Aku sangat b’simpati dgn Dila dan seluruh ahli keluarganya. ’innalillah..doakan moga roh ayah di tmptkn dlm kalangan hamba2 yg b’iman..doa ank yg soleh peneman ayh disana’, hanya ayt2 ini yg aku mampu balas. Memang hati ini teramat teringin nak pargi ziarah jenazah, tp Allah x mengizinkn. Maafkn ati ya Dila.

Sesungguhnya setiap yg hidup pasti akn kembali pada Nya. Kita yg masih dikurniakan nikmat kehidupan ini mestilah menghargainya dgn menyiapkan bekalan utk ‘alam sana’. Kuatlah saudaraku! Allah b’sma kita. Jadilah ank yg solehah agr arwah ayahmu berbahagia di sana.

Sahabat hingga ke syurga



Wah! Kita ada pelajar barulah. Lelaki ka perempuan? Perempuan la.
‘Baiklah pelajar, hari ini kamu mendapat seorang rakan baru. Sila perkenalkan diri anda’, kata Cikgu Siti kepada pelajar baru tersebut.

Tempat duduk aku di dalam kelas adalah di paling hadapan. Aku duduk bersebelahan dengan pelajar berbangsa cina. Kiri, kanan dan belakangku di isi oleh pelajar cina juga. Kebanyakan pelajar melayu duduk bersebelahan dengan tingkap kelas.

Tiba waktu rehat. Aku dan Hanim bercadang untuk ke koperasi sekolah. Kami ingin membeli buku latihan kosong di sana. Lia, pelajar baru di kelasku turut di ajak ke koperasi sekolah. Kami ke koperasi sekolah bersama-sama. Aku cuba membiasakan diri dengan Lia. Hanya dua hari kami sempat berkawan kerana Lia sudah berpindah ke sekolah lain. Aku seakan-akan tidak percaya akan hal itu. Tetapi tidak menjadi satu masalah kerana rumah baru Lia berdekatan dengan rumahku. Kami tinggal di satu kampung yang sama. Pada cuti hujung minggu, Lia dan keluarganya akan pulang ke rumah mereka sendiri iaitu rumah yang berdekatan dengan rumahku. Hubungan kami tidak terputus begitu sahaja kerana kami masih berhubung melalui sms.



Setelah tamat peperiksaan SPM, aku membuat keputusan untuk mengambil lesen motor. Tetapi aku masih ragu-ragu kerana aku tidak ada teman yang ingin mengambil lesen motor bersama-sama. Aku takut untuk pergi seorang diri. Pada suatu petang, aku dan Lia berbalas sms. Aku bertanya pada Lia bila dia akan berpindah terus ke kampung ku. Dia memberitahu yang dia akan berpindah setelah selesai mengambil lesen motor di tempat tinggalnya ketika itu. Alhamdulillah, secara kebetulan aku dan Lia membuat keputusan untuk mengambil lesen motor bersama-sama di pekan Baling.

Setelah hampir sebulan menyiapkan latihan motor, akhirnya aku dan Lia berjaya memiliki lesen motor. Kami selalu bertemu pada waktu petang dan berkongsi cerita. Aku sering menceritakan perihal masalahku kepada Lia. Lia adalah seorang pendengar yang baik. Aku berasa lega dan tenang apabila dapat meluahkan segala masalahku kepada dia.

Setelah hampir tiga bulan menghabiskan masa cuti selepas tamat peperiksaan SPM, aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di negeri pantai timur. Lia pula melanjutkan pelajaran di negeri Pahang. Kami redha dengan tawaran tersebut. Walaupun kami belajar di tempat yang berlainan, aku dan Lia tetap berhubung melalui sms. Jujurnya, Lia merupakan sahabat yang paling aku percaya. Walaupun hanya mengenali Lia dalam masa yang singkat, kepercayaan aku terhadapnya tetap tebal. Dia adalah satu-satunya sahabat yang aku paling percayai. Alhamdulillah ya Allah kerana engkau telah mengurniakan aku seorang sahabat sejati. Terima kasih Allah!

Lia, lagu ni aku tujukan khas untuk hang..

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeza
Untuk saling mengisi

Segala kekurangan kita menjadi
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbezaan
Kau dan aku sahabat
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya





Monday, 9 April 2012

Sebuah Pengalaman


Sebuah Pengalaman
27/10/2011

Dah lama aku nak menulis. Alhamdulillah, saat ini tercapai jugak hasrat aku untuk menulis. Niat nak menulis ni dah lama ada dalam hati aku. Sejak final exam yang lepas aku bersemangat sangat untuk hasilkan karya. Sekarang ni cuti semester. Dah sebulan aku berada di rumah. Aku lebih suka menulis sebab dengan menulis, aku dapat redakan resah dalam hati. Sebelum-sebelum ni aku dah menghasilkan puisi, sajak dan cerpen. Minat untuk menghasilkan karya dan menulis ni lahir sejak aku berada di universiti. Aku suka membaca cerpen dan artikel  yang berunsur islamik. Sejak melayari blog iluv islam, minat membaca semakin membuak-buak. Banyak input-input berguna dalam cerpen yang telah dihasilkan oleh iluv islam. Jujurnya, Iluv islam banyak bagi aku semangat untuk tingkatkan kualiti hidupku. Terutamanya, dalam menjaga hubungan dengan Yang Maha Esa.

Apa yang penting dalam hidup ni adalah untuk mendapatkan keberkatan dan hidayah dari Allah S.W.T. Apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, Dia akan menjaga hubungan kita dengan manusia yang lain seperti ibu bapa, adik-beradik dan sesama manusia. Apa yang aku tulis ni semuanya berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui selama ni.





Allah di hati. Allah adalah segalanya bagi aku. Apa yang aku katakan ini adalah benar kerana Allah mendengar segala isi hati kita. Lagi pun, Allah yang menciptakan kita lalu meniupkan roh pada kita. Jadilah kita seperti sekarang ini. Diri sendiri yang perlu mengubah kita. Tujuan hidup kita ni adalah untuk mengabdikan diri pada Nya. Percayalah pada Allah. Dia mengetahui segalanya. Jangan segankan diri untuk memohon doa dari Nya. Jika kita dekat dengan Dia, Dia akan mudah untuk membantu kita.
Cinta illahi, cinta hakiki. Apa erti cinta pada anda? Secara peribadi, aku mengatakan yang cinta adalah sesuatu yang paling suci. Jika soalan ini ditujukan kepada aku 4 tahun lepas, mesti aku katakan bahawa cinta adalah menyayangi seseorang yang bukan muhrim. Dalam bahasa mudahnya ialah berkapel.  Sememangnya, dulu aku seorang yang jahil atau bodoh. Aku hanyut dengan cinta manusia yang bukan muhrimku. Mujurlah, Allah telah menyedarkanku akan dosa-dosa yang akan aku tempah jika masih meneruskan hubungan percintaan tersebut. Ya, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Carilah Cinta

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki





Episod cinta monyet di sekolah baru..

Cinta monyet? Apa tu?? Hehe..dalam ruang ni aku nak kongsi sebuah pengalaman yang mungkin aku tak kan lupakan. Pengalaman ni berlaku semasa aku berpindah ke sekolah lain. Masa ni aku baru masuk tingkatan 4 dan adik ku baru masuk tingkatan 2. Kami berdua berpindah ke sekolah yang sama. Cuma apa yang bezanya aku tinggal di rumah, adik tinggal di asrama.

 Mula-mula aku masuk sekolah tu mestilah jadi pendiam sebab tak kenal pun kawan-kawan lagi. Aku hanya berkawan dengan beberapa orang pelajar sahaja. Setelah beberapa bulan bersekolah disitu, aku telah mendapat sekeping kad raya daripada seorang budak lelaki. Budak lelaki tu pelajar aliran akaun. Aku pelajar aliran sains. Jadi, kami berada di aliran yang berlainan. Semasa subjek fizik, aku belajar di makmal fizik. Subjek akaun diadakan di kelasku. Apabila dia subjek akaun, dia akan datang ke kelasku. Masa tu pulak aku ke makmal untuk  subjek fizik.

Pada suatu hari, setelah tamat kelas fizik yang diadakan di makmal, aku pulang ke kelas. Masa tu kelas akaun pun telah tamat. Aku masuk ke kelas lalu duduk di tempatku di dalam kelas. Aku nampak budak lelaki tu dan kawannya yang masih belum meninggalkan kelasku. Aku nampak yang kawan budak lelaki tu berkata sesuatu kepadanya. Ah, malas la aku ambik taw. Masa aku tengah sibuk menyimpan buku-buku di dalam laci meja, tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna putih ada diatas mejaku. Budak lelaki tu yang meletakkan sampul surat di atas mejaku. Aku tergamam. Dia terus berlalu pergi meninggalkan kelasku. Setelah itu, aku pun membuka sampul tersebut.

Assalamualaikum….
Ungkapan yang sering diungkapi bagi insan yg briman….
First skli sya mhu minta maaf zahir dan batin….
Mungkin awk btul2 mrh pd sya krn mnggnggu awk….
Sya curi no awk dri adik awk…
tapi
mmg niat sya ingin brknlan dngn awk…tapi sya x yakin kerana awk mungkin hanya mhu brkwn dngn bdk pndai bkn mcm sya…nk kata bodoh rasanya x smpai
kurng pndai je….
tapi
Klau awk x mhu kwn ngn sya pun x apa….
Apa bleh buat….sya trpksa meneblkn muka sya utk brtrus trang….mcm mne x jdi mcm tu, asyik kna kutuk gila je….apa2 pun maafkn sya….
Skali lgi sya memohon maaf zahir batin dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri….

Teman,
Apabila mata bertentang mata
Hati pun berbicara
Gendangan jantung berdegup kencang
Menarikan tarian rasa….

Yg sedia menanti,
 Hamba Allah.
Sudah 3 tahun kenangan ini berlalu. Namun, apabila aku teringat kembali kenangan ini, pasti aku akan tersenyum seorang diri. Mana tidaknya, aku hanya senyap mendiamkan diri. Surat itu tidak ku balas. Aku tidak hiraukan budak lelaki tersebut kerana aku beranggapan bahawa kami belum cukup matang. Aku biarkan kenangan cinta monyet ini berlalu pergi.





Alhamdulillah, semakin lama aku menyusuri alam remaja yang penuh dugaan ini, aku telah menemui cinta sejatiku. Ya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak aku cintai dan aku sangat mendambakan kasih Nya. Zaman remaja sangat mencabar. Jika hati lemah dengan godaan duniawi, pasti menyesal di kemudian hari. Betapa bersyukurnya aku kerana telah disedarkan oleh Yang Maha Esa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara. Sifat ingin cinta mencintai sesama manusia yang bukan muhrim haruslah dijauhkan agar kehidupan diberkati Nya. Bagi aku, setelah dilafazkan akad ijab dan kabul bagi sepasang suami isteri barulah cinta yang halal mekar berbunga. Bukannya cinta sebelum nikah. Ingatlah, Allah S.W.T bencikan kemungkaran. Jika kita telah melakukan maksiat dengan pasangan kita sebelum menikah, kehidupan rumah tangga kita akan hambar kerana tidak mendapat keberkatan dari Nya. Sesungguhnya mendekati zina itu adalah haram, apatah lagi melakukannya.