Thursday, 24 May 2012

hijrah diana amir, yat



Alhamdulillah, hatiku semakin berkobar-kobar dalam penghijrahan ini tatkala mendapat tahu para artis seperti Irma Hasmie, Diana Amir dan Yat turut sama dalam penghijrahan ini. Hidayah milik Allah. Bagi sesiapa yang telah dipilih oleh Allah dengan pemberian hidayah Nya itu hendaklah meneruskan penghijrahannya tanpa berpaling semula ke jalan neraka. Malam tadi, aku agak kecewa kerana tidak sempat menonton dari mula rancangan Soal Wanita di tv al-hijrah (stesen kegemaran aku) kerana aku lupa untuk membuka chanel tv tersebut di awal rancangan. Ini kerana ayah aku sibuk menonton perlawanan akhir bola sepak pada malam tadi.

Alhamdulillah, walaupun terlewat sedikit, aku bersyukur kerana dapat juga menonton Soal Wanita dengan izin Allah. Mula-mula aku tengok tetamu undangan Diana Amir dan Yat. Aku melihat Yat berhijab. Dalam hatiku berkata, ‘maybe sebab jadi tetamu dalam Soal Wanita Yat pakai tudung’. Rupa-rupanya anggapanku salah. Allah Maha Penyayang. Dia telah mengurniakan hidayah Nya kepada Yat. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan penghijrahan mereka.




Konsep dakwah yang aku tekankan adalah ‘slow-slow dan istiqamah’. Kita sebagai hamba Allah yang sangat hina ini perlulah sentiasa memperbaiki kesilapan diri dengan cara slow-slow dan istiqamah. Jangan sesekali melakukan penghijrahan dengan cara yang drastik kerana kemungkinan besar penghijrahan itu akan bertahan hanya seketika.
Sebagai seorang hamba Nya yang kerdil, kita tidak boleh menghukum seseorang itu sesuka hati. Hanya Allah sahaja yang layak untuk menghukum hamba Nya. Jadi, apa yang patut kita buat kalau dah tak boleh menghukum orang? Nak biarkan saja?

Islam itu indah. Kita sepatutnya membantu seseorang yang telah membuat kesilapan itu untuk berubah. Jangan sesekali memperlekeh perubahannya. Jadilah pendorong untuknya. Aku sebagai hamba Nya yang pernah melalui zaman jahiliyah suatu ketika dahulu berasa sangat bersyukur kerana Dia telah menerangi jalan hidupku. Alhamdulillah, hidupku semakin tenang dan kuat dalam penghijrahan ini kerana Dia telah mengurniakan aku seorang teman yang bersama-sama berjuang dalam penghijrahan ini iaitu Siti Aishah binti Azalan. Alhamdulillah, terima kasih Allah !

2 comments:

  1. InsyaAllah.Sama sama kita melangkah mengiring towards mardhatillah.Semoga Allah redha.Love you keranaNya.

    ReplyDelete
  2. sayang ti krn Allah~ moga Allah redha =)

    ReplyDelete