Tuesday, 10 April 2012

Sahabat hingga ke syurga



Wah! Kita ada pelajar barulah. Lelaki ka perempuan? Perempuan la.
‘Baiklah pelajar, hari ini kamu mendapat seorang rakan baru. Sila perkenalkan diri anda’, kata Cikgu Siti kepada pelajar baru tersebut.

Tempat duduk aku di dalam kelas adalah di paling hadapan. Aku duduk bersebelahan dengan pelajar berbangsa cina. Kiri, kanan dan belakangku di isi oleh pelajar cina juga. Kebanyakan pelajar melayu duduk bersebelahan dengan tingkap kelas.

Tiba waktu rehat. Aku dan Hanim bercadang untuk ke koperasi sekolah. Kami ingin membeli buku latihan kosong di sana. Lia, pelajar baru di kelasku turut di ajak ke koperasi sekolah. Kami ke koperasi sekolah bersama-sama. Aku cuba membiasakan diri dengan Lia. Hanya dua hari kami sempat berkawan kerana Lia sudah berpindah ke sekolah lain. Aku seakan-akan tidak percaya akan hal itu. Tetapi tidak menjadi satu masalah kerana rumah baru Lia berdekatan dengan rumahku. Kami tinggal di satu kampung yang sama. Pada cuti hujung minggu, Lia dan keluarganya akan pulang ke rumah mereka sendiri iaitu rumah yang berdekatan dengan rumahku. Hubungan kami tidak terputus begitu sahaja kerana kami masih berhubung melalui sms.



Setelah tamat peperiksaan SPM, aku membuat keputusan untuk mengambil lesen motor. Tetapi aku masih ragu-ragu kerana aku tidak ada teman yang ingin mengambil lesen motor bersama-sama. Aku takut untuk pergi seorang diri. Pada suatu petang, aku dan Lia berbalas sms. Aku bertanya pada Lia bila dia akan berpindah terus ke kampung ku. Dia memberitahu yang dia akan berpindah setelah selesai mengambil lesen motor di tempat tinggalnya ketika itu. Alhamdulillah, secara kebetulan aku dan Lia membuat keputusan untuk mengambil lesen motor bersama-sama di pekan Baling.

Setelah hampir sebulan menyiapkan latihan motor, akhirnya aku dan Lia berjaya memiliki lesen motor. Kami selalu bertemu pada waktu petang dan berkongsi cerita. Aku sering menceritakan perihal masalahku kepada Lia. Lia adalah seorang pendengar yang baik. Aku berasa lega dan tenang apabila dapat meluahkan segala masalahku kepada dia.

Setelah hampir tiga bulan menghabiskan masa cuti selepas tamat peperiksaan SPM, aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di negeri pantai timur. Lia pula melanjutkan pelajaran di negeri Pahang. Kami redha dengan tawaran tersebut. Walaupun kami belajar di tempat yang berlainan, aku dan Lia tetap berhubung melalui sms. Jujurnya, Lia merupakan sahabat yang paling aku percaya. Walaupun hanya mengenali Lia dalam masa yang singkat, kepercayaan aku terhadapnya tetap tebal. Dia adalah satu-satunya sahabat yang aku paling percayai. Alhamdulillah ya Allah kerana engkau telah mengurniakan aku seorang sahabat sejati. Terima kasih Allah!

Lia, lagu ni aku tujukan khas untuk hang..

Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeza
Untuk saling mengisi

Segala kekurangan kita menjadi
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbezaan
Kau dan aku sahabat
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya





No comments:

Post a Comment