Monday, 9 April 2012

Sebuah Pengalaman


Sebuah Pengalaman
27/10/2011

Dah lama aku nak menulis. Alhamdulillah, saat ini tercapai jugak hasrat aku untuk menulis. Niat nak menulis ni dah lama ada dalam hati aku. Sejak final exam yang lepas aku bersemangat sangat untuk hasilkan karya. Sekarang ni cuti semester. Dah sebulan aku berada di rumah. Aku lebih suka menulis sebab dengan menulis, aku dapat redakan resah dalam hati. Sebelum-sebelum ni aku dah menghasilkan puisi, sajak dan cerpen. Minat untuk menghasilkan karya dan menulis ni lahir sejak aku berada di universiti. Aku suka membaca cerpen dan artikel  yang berunsur islamik. Sejak melayari blog iluv islam, minat membaca semakin membuak-buak. Banyak input-input berguna dalam cerpen yang telah dihasilkan oleh iluv islam. Jujurnya, Iluv islam banyak bagi aku semangat untuk tingkatkan kualiti hidupku. Terutamanya, dalam menjaga hubungan dengan Yang Maha Esa.

Apa yang penting dalam hidup ni adalah untuk mendapatkan keberkatan dan hidayah dari Allah S.W.T. Apabila kita menjaga hubungan dengan Allah, Dia akan menjaga hubungan kita dengan manusia yang lain seperti ibu bapa, adik-beradik dan sesama manusia. Apa yang aku tulis ni semuanya berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui selama ni.





Allah di hati. Allah adalah segalanya bagi aku. Apa yang aku katakan ini adalah benar kerana Allah mendengar segala isi hati kita. Lagi pun, Allah yang menciptakan kita lalu meniupkan roh pada kita. Jadilah kita seperti sekarang ini. Diri sendiri yang perlu mengubah kita. Tujuan hidup kita ni adalah untuk mengabdikan diri pada Nya. Percayalah pada Allah. Dia mengetahui segalanya. Jangan segankan diri untuk memohon doa dari Nya. Jika kita dekat dengan Dia, Dia akan mudah untuk membantu kita.
Cinta illahi, cinta hakiki. Apa erti cinta pada anda? Secara peribadi, aku mengatakan yang cinta adalah sesuatu yang paling suci. Jika soalan ini ditujukan kepada aku 4 tahun lepas, mesti aku katakan bahawa cinta adalah menyayangi seseorang yang bukan muhrim. Dalam bahasa mudahnya ialah berkapel.  Sememangnya, dulu aku seorang yang jahil atau bodoh. Aku hanyut dengan cinta manusia yang bukan muhrimku. Mujurlah, Allah telah menyedarkanku akan dosa-dosa yang akan aku tempah jika masih meneruskan hubungan percintaan tersebut. Ya, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Carilah Cinta

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki





Episod cinta monyet di sekolah baru..

Cinta monyet? Apa tu?? Hehe..dalam ruang ni aku nak kongsi sebuah pengalaman yang mungkin aku tak kan lupakan. Pengalaman ni berlaku semasa aku berpindah ke sekolah lain. Masa ni aku baru masuk tingkatan 4 dan adik ku baru masuk tingkatan 2. Kami berdua berpindah ke sekolah yang sama. Cuma apa yang bezanya aku tinggal di rumah, adik tinggal di asrama.

 Mula-mula aku masuk sekolah tu mestilah jadi pendiam sebab tak kenal pun kawan-kawan lagi. Aku hanya berkawan dengan beberapa orang pelajar sahaja. Setelah beberapa bulan bersekolah disitu, aku telah mendapat sekeping kad raya daripada seorang budak lelaki. Budak lelaki tu pelajar aliran akaun. Aku pelajar aliran sains. Jadi, kami berada di aliran yang berlainan. Semasa subjek fizik, aku belajar di makmal fizik. Subjek akaun diadakan di kelasku. Apabila dia subjek akaun, dia akan datang ke kelasku. Masa tu pulak aku ke makmal untuk  subjek fizik.

Pada suatu hari, setelah tamat kelas fizik yang diadakan di makmal, aku pulang ke kelas. Masa tu kelas akaun pun telah tamat. Aku masuk ke kelas lalu duduk di tempatku di dalam kelas. Aku nampak budak lelaki tu dan kawannya yang masih belum meninggalkan kelasku. Aku nampak yang kawan budak lelaki tu berkata sesuatu kepadanya. Ah, malas la aku ambik taw. Masa aku tengah sibuk menyimpan buku-buku di dalam laci meja, tiba-tiba sekeping sampul surat berwarna putih ada diatas mejaku. Budak lelaki tu yang meletakkan sampul surat di atas mejaku. Aku tergamam. Dia terus berlalu pergi meninggalkan kelasku. Setelah itu, aku pun membuka sampul tersebut.

Assalamualaikum….
Ungkapan yang sering diungkapi bagi insan yg briman….
First skli sya mhu minta maaf zahir dan batin….
Mungkin awk btul2 mrh pd sya krn mnggnggu awk….
Sya curi no awk dri adik awk…
tapi
mmg niat sya ingin brknlan dngn awk…tapi sya x yakin kerana awk mungkin hanya mhu brkwn dngn bdk pndai bkn mcm sya…nk kata bodoh rasanya x smpai
kurng pndai je….
tapi
Klau awk x mhu kwn ngn sya pun x apa….
Apa bleh buat….sya trpksa meneblkn muka sya utk brtrus trang….mcm mne x jdi mcm tu, asyik kna kutuk gila je….apa2 pun maafkn sya….
Skali lgi sya memohon maaf zahir batin dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri….

Teman,
Apabila mata bertentang mata
Hati pun berbicara
Gendangan jantung berdegup kencang
Menarikan tarian rasa….

Yg sedia menanti,
 Hamba Allah.
Sudah 3 tahun kenangan ini berlalu. Namun, apabila aku teringat kembali kenangan ini, pasti aku akan tersenyum seorang diri. Mana tidaknya, aku hanya senyap mendiamkan diri. Surat itu tidak ku balas. Aku tidak hiraukan budak lelaki tersebut kerana aku beranggapan bahawa kami belum cukup matang. Aku biarkan kenangan cinta monyet ini berlalu pergi.





Alhamdulillah, semakin lama aku menyusuri alam remaja yang penuh dugaan ini, aku telah menemui cinta sejatiku. Ya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak aku cintai dan aku sangat mendambakan kasih Nya. Zaman remaja sangat mencabar. Jika hati lemah dengan godaan duniawi, pasti menyesal di kemudian hari. Betapa bersyukurnya aku kerana telah disedarkan oleh Yang Maha Esa bahawa kehidupan ini hanyalah sementara. Sifat ingin cinta mencintai sesama manusia yang bukan muhrim haruslah dijauhkan agar kehidupan diberkati Nya. Bagi aku, setelah dilafazkan akad ijab dan kabul bagi sepasang suami isteri barulah cinta yang halal mekar berbunga. Bukannya cinta sebelum nikah. Ingatlah, Allah S.W.T bencikan kemungkaran. Jika kita telah melakukan maksiat dengan pasangan kita sebelum menikah, kehidupan rumah tangga kita akan hambar kerana tidak mendapat keberkatan dari Nya. Sesungguhnya mendekati zina itu adalah haram, apatah lagi melakukannya.




No comments:

Post a Comment