Ya Allah,
Hamba Mu ini adalah insan yang lemah,
Engkau bantulah diriku ini dengan kekuatan Mu,
Aku pernah tersungkur dengan nafsuku sendiri,
Engkau jauhkanlah diri ku ini daripada perkara-perkara yang
boleh merosakkan hati dan akidah ku,
Ya Allah,
Aku mohon kepada Mu, 
Engkau limpahkan kepadaku cahaya petunjuk dan hidayah Mu,
Engkau kurniakanlah cinta Mu kepadaku,
Kerana aku mendambakan cinta Mu Ya Robbul Izzati,
Ya Allah,
Jika diriku ini mencintai seorang Adam,
Jadikanlah cinta kami ini cinta yang halal iaitu cinta
selepas nikah,
Engkau semaikanlah dalam hatiku ini mencintai dia adalah
kerana Mu,
Engkau janganlah pesongkan hati kami dari hidayah Mu,
Kerana aku takut jika berjauhan dengan Mu Ya Allah,
Ya Allah,
Engkau permudahkanlah cinta dalam diam ku ini,
Kerana aku tidak mahu menjadi fitnah kepada Adam,
Aku tidak sanggup melalaikan dia dengan cintaku ini,
Biarlah aku pendamkan perasaan ini,
Kerana aku yakin dengan cinta Mu Ya Allah,
Ya Allah,
Jika dia adalah jodohku,
Maka Engkau semaikanlah cinta dia terhadap diriku ini adalah
kerana Mu Ya Allah,
Engkau elakkanlah kami daripada melakukan perkara-perkara
maksiat,
Kerana aku tahu sesebuah perkahwinan itu tidak akan mendapat
keberkatan Mu jika pernah melakukan maksiat sebelum di ijab kabul kan.
 

 
No comments:
Post a Comment