Arghhhh!!!
Sakitnya hati aku !!!
Inilah
tanda-tandanya seorang wanita itu akan datang bulan. Cepat sangat naik angin,
cepat sangat marah, cepat sangat terasa hati dan cepat sangat merajuk. Lumrah
wanita yang sudah matang. Pada kebiasaannya tanda-tanda ini akan dirasai oleh
seseorang wanita seminggu sebelum didatangi ‘hari berdarah’.
Berdasarkan
pengalaman aku selama ini, tanda-tanda yang telah aku sebutkan diatas memang
terjadi pada diriku. Apabila aku sedar yang diri aku ni cepat sangat sensitif,
nak marah orang dan cepat naik angin aku akan lihat kalendar. Rupanya-rupanya
bulan nak mai dah. Jadi, untuk mengelakkan diriku daripada membiarkan
syaitan-syaitan menghasut akal dan minda untuk bertindak agresif ketika sedang
marah, aku perlu beristighfar berulang kali agar diri ini tidak termakan pujuk
rayu syaitan. Alhamdulillah, dengan memperbanyakkan istighfar hatiku tenang.
Mungkin ketika aku di zaman jahiliyah dulu, kalau aku naik angin habis penyapu
di rumah aku patahkan. Dasyat tak dasyat lah aku apabila naik angin. Dah tiga
batang penyapu aku lingkupkan. 
Sejak kecil
lagi perangai aku teruk sangat. Bila merajuk ja mesti rosakkan harta benda yang
ada disekeliling aku. Masa tu aku memang tak reti kawal emosi. Very bad
attitude i have.
Alhamdulillah,
sekarang aku slow-slow dan istiqamah dalam mengubah perangai buruk aku ni.
Hanya doa yang sentiasa aku titipkan untuk membetulkan hatiku ini.
Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, aku kini dapat mengubah perangai
buruk aku yang suka menjahanamkan harta benda ketika marah kepada perangai yang
lain. Mungkin perangai ini lebih ok sikit daripada perangai lama tu.
Sekarang
ni, kalau aku rasa nak marah, naik angin dan baran, aku akan terus masuk bilik,
kunci pintu, on laptop dan pasang lagu yang ada dalam laptop sekuat yang boleh.
Sampai maximum volume aku pasang. Alhamdulillah, dengan cara ini aku dah tak
jadi vandalism lagi.
Walau
bagaimanapun, aku bukanlah seorang yang pemarah. Aku cuma jadi pemarah ketika
tanda-tanda ‘hari berdarah’ sahaja. Hari-hari lain Alhamdulillah aku ok saja.
 


 
No comments:
Post a Comment