Muslimah
solehah itu berbeza,
Kerana… 
Sebelum
kaki melangkah keluar pintu,
Dia
bercermin penuh rasa malu,
Bukan
bimbang dipandang tidak menarik,
Tapi demi
memastikan syariat Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan
diri bukan utama,
Kepuasan
Allah itu kerisauannya,
Muslimah
solehah itu berbeza,
Kerana…
Khidmat
bakti dan cintanya untuk suami,
Bukan
kerana takutkan poligami,
Bukan
bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata
patuh pada suruhan ILLAHI,
Demi kasih
dan cintanya kepada Nabi,
Muslimah
solehah itu berbeza,
Kerana…
Walau jauh
dia berada,
Walau
setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa
dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan
anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai
sakinah dan mawaddah
Yakin
hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga
bahagia,
Syurganya di
dunia,
Mencari dan
terus mencari cinta ILLAHI !!!
By:
motivasi Islam
 

 
No comments:
Post a Comment