Thursday, 19 March 2015

Ujian. Kawan.

Alhamdulillah.
Dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan sebelum kita menuju akhirat abadi. Semakin meningkat usia, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapi.

Ujian. Satu perkataan yang mudah untuk disebut tetapi sukar untuk menerima isi dalamnya.
Susah itu ujian. Senang juga ujian. Segalanya adalah ujian. Anggaplah ujian sebagai hiburan dalam kehidupan. Tanpa ujian, darjat kita disisi Nya tidak dapat ditinggikan. Semakin diri kita diberikan ujian, semakin dekat kita pada Allah. Mohonlah kekuatan dari Nya. Sungguh, Dia rindukan tangis taubat kita.

Kawan. Datang dan pergi dalam hidup kita. Sebelum berkenalan, ingatkan dalam diri yang dia akan pergi dari hidup kita suatu hari nanti. Teman yang baik adalah teman yang dapat menerima kita seadanya. Teman yang baik adalah yang bukan berteman hanya untuk mengambil kesempatan atas diri temannya. Bertemanlah kerana Allah. Elakkan berteman kerana rupa, kepandaian, kemewahan dan kesempatan.

Saya akan pegang kata-kata Dr. Noradzlina. She said, “Be kind to others”.
Punca stress sebenarnya adalah dari kawan. Jadi, untuk mengelakkan stress tersebut, kita sepatutnya berbuat baik pada orang lain terutamanya mak, ayah, adik beradik, guru, pensyarah dan kawan-kawan. Walaupun kita dilayan teruk atau ditikam belakang, tetapkan hati untuk berbuat baik pada golongan itu. Jangan kau risau sayang, Allah sentiasa ada bersama kita. Berbuat baiklah kerana Allah. Dialah yang pegang hati-hati kita.



No comments:

Post a Comment