Genap 23 tahun umurku. Masih dimedan perang berjuang untuk
mencedok ilmu Nya. Bachelor in Office System Management berlainan dengan
Diploma in Banking yang pernah aku berjuang empat tahun lepas. Fakulti
Pengurusan Perniagaan UiTM merupakan medan perjuanganku. Alhamdulillah Ya Rabb diatas
kemudahan yang telah Engkau berikan selama ini.
Memandangkan umurku semakin hari semakin menginjak dewasa,
muncul juga soalan-soalan panas dari kenalan mahupun jiran. Setiap kali
terserempak atau berlaga bahu, akan ada soalan “ni anak yang mana? Sekolah lagi
ka? Keja kat mna? Bila nak kahwin?”
Perkahwinan adalah permulaan kehidupan. Apa yang aku faham
tentang perkahwinan adalah sebuah kehidupan berumahtangga dalam menuju redha
Illahi. Walaupun sudah berumur 23 tahun, aku masih ‘single’. Kenapa aku masih
single? Kenapa aku tak ‘couple’?
Memang agak bahagia tatkala melihat rakan-rakan seperjuangan
bermadu asmara dengan kekasih hati masing-masing. Setiap hari bermesej, telefon
bertanyakan khabar masing-masing, berkongsi cerita dan lain-lain.
Maaf. Aku bukan begitu. Aku yakin dengan cinta selepas
nikah. Tidak perlu memberikan kasih selagi dia belum halal untuk kita. Cukuplah
bermadu kasih dan sayang setelah hubungan menjadi halal. Itukan lebih sweet.
Selagi belum ada apa-apa ikatan, sebaiknya kita
pertingkatkan amal ibadah. Jadikan ibadah-ibadah tersebut sebagai rutin harian
kita agar setelah berumahtangga nanti amalan - amalan tersebut dapat dilakukan
tanpa perasaan janggal. Dekatkan diri pada Allah. Berdating dengan Dia pada
sepertiga malam. Solat sunat sebagai hiasan hati yang bercahaya.
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan
sebaliknya. Berusaha menjadi hamba Nya yang solehah. Segalanya diniatkan kerana
Allah s.w.t.
Cinta pertama adalah pada Allah. Kemudian cinta pada Rasul.
Cinta seterusnya adalah pada ibu, ayah, adik beradik, ipar duai, sahabat handai
dan saudara seislam. Jangan kotorkan cinta pada yang bukan halal. Risau Allah
murka.
 
 
No comments:
Post a Comment