Saturday, 21 March 2015

Dua Malaikat.

Alhamdulillah.
Aku dipinjamkan oleh Allah dua orang malaikat yang sanggup berkorban segalanya dalam membesarkan anak-anaknya. Mak dan ayah. Dua orang malaikat yang amat aku sayangi didunia dan diakhirat. Terlalu banyak pengorbanan yang mereka sudah lakukan. Mak, ayah, ampunkan segala dosa anakmu ini. Terima kasih mak dan ayah kerana telah menyediakan segala kelengkapan aku dan adik beradik dengan sempurna.

Pada tahun 2005, bermula persekolahan aku di peringkat menengah. Seminggu bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah, akhirnya aku mendapat tawaran untuk bersekolah di sekolah berasrama harian. Mendapat tawaran kelas rancangan khas. Pada mulanya mak tak benarkan aku pindah ke sekolah tersebut. Kata mak, aku masih tak pandai hidup berdikari. Mungkin sebab aku anak perempuan bongsu, mak sangat risaukan akan keselamatan aku. Berlainan dengan ayah kerana ayah sokong aku terima tawaran tersebut. Masa surat tawaran tiba di rumah, aku masih disekolah sebab ada aktiviti latihan sukan. Sampai sahaja aku dirumah, aku nampak barang-barang keperluan diri seperti sabun, syampu, ubat gigi dan lain-lain masih berbungkus diletakkan diatas meja. Kemudian ayah cakap kat aku esok akan pergi daftar di sekolah baru. Barang-barang keperluan semua ayah dah belikan. Sebagai anak, aku ikutkan sahaja. Lagipun ayah cakap ayah kasihan kat aku sebab selalu kena buli dengan adik bila dirumah. Ya, aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal ketika itu. Alhamdulillah. Aku belajar hidup berdikari hari demi hari.

Tiga tahun aku menjadi pelajar asrama. Masuk tingkatan 4 aku buat keputusan untuk pindah sekolah. Aku memilih untuk bersekolah berdekatan dengan rumah. Jadi, aku tidak perlu untuk tinggal diasrama lagi. Pergi dan pulang dari sekolah ayahlah yang setia menghantar dan mengambil aku. Terasa seperti anak tunggal kerana abang-abang dan kakak sambung belajar di IPTA masing-masing. Adik pula tinggal diasrama ketika itu.

Semasa ditingkatan lima, terlalu banyak kelas tambahan yang diadakan disekolah. Jadual untuk pulang dari sekolah juga tidak menentu. Setiap hari aku perlu menelifon ayah untuk maklumkan pukul berapa aku akan pulang dari sekolah. Mujurlah public phone disediakan disekolah.

Masih aku ingat, pada suatu hari, lepas sekolah cikgu ada buat kelas tambahan. Masa tu aku tak sempat nak telefon ayah bagitahu yang aku akan balik lambat. Jam ketika itu sudah menunjuk hampir pukul 4 petang. Ya Allah, perasaan sedih sangat tatkala berjalan kaki menuju pintu pagar sekolah kelihatan seorang ayah yang sangat penyabar sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah. Ayah setia menunggu aku dibawah rendang pokok bersama motosikalnya. Ayah tidak mengeluh mahupun marah terhadapku.

Ya Rabb, sesungguhnya aku sangat bersyukur kepada Mu kerana mengurniakan aku dua orang malaikat yang amat aku sayangi dunia dan akhirat. Engkau peliharalah mereka sebaik-baiknya. Engkau murahkan rezeki mereka, ampuni segala dosa mereka, kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan umur mereka. Amin.

Thursday, 19 March 2015

Ujian. Kawan.

Alhamdulillah.
Dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan sebelum kita menuju akhirat abadi. Semakin meningkat usia, semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu dihadapi.

Ujian. Satu perkataan yang mudah untuk disebut tetapi sukar untuk menerima isi dalamnya.
Susah itu ujian. Senang juga ujian. Segalanya adalah ujian. Anggaplah ujian sebagai hiburan dalam kehidupan. Tanpa ujian, darjat kita disisi Nya tidak dapat ditinggikan. Semakin diri kita diberikan ujian, semakin dekat kita pada Allah. Mohonlah kekuatan dari Nya. Sungguh, Dia rindukan tangis taubat kita.

Kawan. Datang dan pergi dalam hidup kita. Sebelum berkenalan, ingatkan dalam diri yang dia akan pergi dari hidup kita suatu hari nanti. Teman yang baik adalah teman yang dapat menerima kita seadanya. Teman yang baik adalah yang bukan berteman hanya untuk mengambil kesempatan atas diri temannya. Bertemanlah kerana Allah. Elakkan berteman kerana rupa, kepandaian, kemewahan dan kesempatan.

Saya akan pegang kata-kata Dr. Noradzlina. She said, “Be kind to others”.
Punca stress sebenarnya adalah dari kawan. Jadi, untuk mengelakkan stress tersebut, kita sepatutnya berbuat baik pada orang lain terutamanya mak, ayah, adik beradik, guru, pensyarah dan kawan-kawan. Walaupun kita dilayan teruk atau ditikam belakang, tetapkan hati untuk berbuat baik pada golongan itu. Jangan kau risau sayang, Allah sentiasa ada bersama kita. Berbuat baiklah kerana Allah. Dialah yang pegang hati-hati kita.



Hati.

Genap 23 tahun umurku. Masih dimedan perang berjuang untuk mencedok ilmu Nya. Bachelor in Office System Management berlainan dengan Diploma in Banking yang pernah aku berjuang empat tahun lepas. Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM merupakan medan perjuanganku. Alhamdulillah Ya Rabb diatas kemudahan yang telah Engkau berikan selama ini.

Memandangkan umurku semakin hari semakin menginjak dewasa, muncul juga soalan-soalan panas dari kenalan mahupun jiran. Setiap kali terserempak atau berlaga bahu, akan ada soalan “ni anak yang mana? Sekolah lagi ka? Keja kat mna? Bila nak kahwin?”

Perkahwinan adalah permulaan kehidupan. Apa yang aku faham tentang perkahwinan adalah sebuah kehidupan berumahtangga dalam menuju redha Illahi. Walaupun sudah berumur 23 tahun, aku masih ‘single’. Kenapa aku masih single? Kenapa aku tak ‘couple’?

Memang agak bahagia tatkala melihat rakan-rakan seperjuangan bermadu asmara dengan kekasih hati masing-masing. Setiap hari bermesej, telefon bertanyakan khabar masing-masing, berkongsi cerita dan lain-lain.
Maaf. Aku bukan begitu. Aku yakin dengan cinta selepas nikah. Tidak perlu memberikan kasih selagi dia belum halal untuk kita. Cukuplah bermadu kasih dan sayang setelah hubungan menjadi halal. Itukan lebih sweet.

Selagi belum ada apa-apa ikatan, sebaiknya kita pertingkatkan amal ibadah. Jadikan ibadah-ibadah tersebut sebagai rutin harian kita agar setelah berumahtangga nanti amalan - amalan tersebut dapat dilakukan tanpa perasaan janggal. Dekatkan diri pada Allah. Berdating dengan Dia pada sepertiga malam. Solat sunat sebagai hiasan hati yang bercahaya.

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. Berusaha menjadi hamba Nya yang solehah. Segalanya diniatkan kerana Allah s.w.t.

Cinta pertama adalah pada Allah. Kemudian cinta pada Rasul. Cinta seterusnya adalah pada ibu, ayah, adik beradik, ipar duai, sahabat handai dan saudara seislam. Jangan kotorkan cinta pada yang bukan halal. Risau Allah murka.



Friday, 13 March 2015

Umur 23 tahun.

Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan peluang untuk hidup sehingga saat ini. Tahun 2015, genap umur aku 23 tahun. Menjadi pelajar ditahun akhir pada sem ini agak mencabar untuk diri sendiri. Sejujurnya, aku tidak sangka dapat melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah sekarang ini. Sebelum ini aku fikirkan akan belajar sehingga peringkat diploma sahaja. Alhamdulillah, dengan berkat doa mak dan ayah aku mendapat peluang untuk berada di peringkat sekarang ini.

Mak dan ayah adalah dua orang malaikat yang tidak akan terbalas segala jasa baik, pengorbanan dan kasih sayang mereka. Terima kasih mak dan ayah untuk segalanya. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan dan rezeki kedua ibu bapaku. Engkau haramkanlah api neraka menyentuh mereka. Engkau kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani aku semenjak kecil sehingga dewasa. Amin.