Thursday, 24 May 2012

aku datang bulan !!



Arghhhh!!! Sakitnya hati aku !!!

Inilah tanda-tandanya seorang wanita itu akan datang bulan. Cepat sangat naik angin, cepat sangat marah, cepat sangat terasa hati dan cepat sangat merajuk. Lumrah wanita yang sudah matang. Pada kebiasaannya tanda-tanda ini akan dirasai oleh seseorang wanita seminggu sebelum didatangi ‘hari berdarah’.

Berdasarkan pengalaman aku selama ini, tanda-tanda yang telah aku sebutkan diatas memang terjadi pada diriku. Apabila aku sedar yang diri aku ni cepat sangat sensitif, nak marah orang dan cepat naik angin aku akan lihat kalendar. Rupanya-rupanya bulan nak mai dah. Jadi, untuk mengelakkan diriku daripada membiarkan syaitan-syaitan menghasut akal dan minda untuk bertindak agresif ketika sedang marah, aku perlu beristighfar berulang kali agar diri ini tidak termakan pujuk rayu syaitan. Alhamdulillah, dengan memperbanyakkan istighfar hatiku tenang. Mungkin ketika aku di zaman jahiliyah dulu, kalau aku naik angin habis penyapu di rumah aku patahkan. Dasyat tak dasyat lah aku apabila naik angin. Dah tiga batang penyapu aku lingkupkan.




Sejak kecil lagi perangai aku teruk sangat. Bila merajuk ja mesti rosakkan harta benda yang ada disekeliling aku. Masa tu aku memang tak reti kawal emosi. Very bad attitude i have.

Alhamdulillah, sekarang aku slow-slow dan istiqamah dalam mengubah perangai buruk aku ni. Hanya doa yang sentiasa aku titipkan untuk membetulkan hatiku ini. Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, aku kini dapat mengubah perangai buruk aku yang suka menjahanamkan harta benda ketika marah kepada perangai yang lain. Mungkin perangai ini lebih ok sikit daripada perangai lama tu.

Sekarang ni, kalau aku rasa nak marah, naik angin dan baran, aku akan terus masuk bilik, kunci pintu, on laptop dan pasang lagu yang ada dalam laptop sekuat yang boleh. Sampai maximum volume aku pasang. Alhamdulillah, dengan cara ini aku dah tak jadi vandalism lagi.

Walau bagaimanapun, aku bukanlah seorang yang pemarah. Aku cuma jadi pemarah ketika tanda-tanda ‘hari berdarah’ sahaja. Hari-hari lain Alhamdulillah aku ok saja.

hijrah diana amir, yat



Alhamdulillah, hatiku semakin berkobar-kobar dalam penghijrahan ini tatkala mendapat tahu para artis seperti Irma Hasmie, Diana Amir dan Yat turut sama dalam penghijrahan ini. Hidayah milik Allah. Bagi sesiapa yang telah dipilih oleh Allah dengan pemberian hidayah Nya itu hendaklah meneruskan penghijrahannya tanpa berpaling semula ke jalan neraka. Malam tadi, aku agak kecewa kerana tidak sempat menonton dari mula rancangan Soal Wanita di tv al-hijrah (stesen kegemaran aku) kerana aku lupa untuk membuka chanel tv tersebut di awal rancangan. Ini kerana ayah aku sibuk menonton perlawanan akhir bola sepak pada malam tadi.

Alhamdulillah, walaupun terlewat sedikit, aku bersyukur kerana dapat juga menonton Soal Wanita dengan izin Allah. Mula-mula aku tengok tetamu undangan Diana Amir dan Yat. Aku melihat Yat berhijab. Dalam hatiku berkata, ‘maybe sebab jadi tetamu dalam Soal Wanita Yat pakai tudung’. Rupa-rupanya anggapanku salah. Allah Maha Penyayang. Dia telah mengurniakan hidayah Nya kepada Yat. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan penghijrahan mereka.




Konsep dakwah yang aku tekankan adalah ‘slow-slow dan istiqamah’. Kita sebagai hamba Allah yang sangat hina ini perlulah sentiasa memperbaiki kesilapan diri dengan cara slow-slow dan istiqamah. Jangan sesekali melakukan penghijrahan dengan cara yang drastik kerana kemungkinan besar penghijrahan itu akan bertahan hanya seketika.
Sebagai seorang hamba Nya yang kerdil, kita tidak boleh menghukum seseorang itu sesuka hati. Hanya Allah sahaja yang layak untuk menghukum hamba Nya. Jadi, apa yang patut kita buat kalau dah tak boleh menghukum orang? Nak biarkan saja?

Islam itu indah. Kita sepatutnya membantu seseorang yang telah membuat kesilapan itu untuk berubah. Jangan sesekali memperlekeh perubahannya. Jadilah pendorong untuknya. Aku sebagai hamba Nya yang pernah melalui zaman jahiliyah suatu ketika dahulu berasa sangat bersyukur kerana Dia telah menerangi jalan hidupku. Alhamdulillah, hidupku semakin tenang dan kuat dalam penghijrahan ini kerana Dia telah mengurniakan aku seorang teman yang bersama-sama berjuang dalam penghijrahan ini iaitu Siti Aishah binti Azalan. Alhamdulillah, terima kasih Allah !

Friday, 4 May 2012

Kau wanita muslimah yang aku cari



Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana…
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Bukan bimbang dipandang tidak menarik,
Tapi demi memastikan syariat Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama,
Kepuasan Allah itu kerisauannya,

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana…
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
Bukan kerana takutkan poligami,
Bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILLAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi,

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana…
Walau jauh dia berada,
Walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah
Yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia,
Syurganya di dunia,
Mencari dan terus mencari cinta ILLAHI !!!

By: motivasi Islam