Wednesday, 31 August 2011

IMAN DULU & SEKARANG


Dulu aku pernah tewas dengan nafsu ku sendiri. Cerita ini telah pun berlalu 4 tahun dahulu. Tetapi, aku merasakan baru semalam cerita ini berlaku. Ceritanya bermula begini, aku memulakan zaman persekolahan menengah ku semasa tingkatan satu di sekolah berasrama. Sekolah tersebut agak jauh dari tempat tinggal ku, maka aku ditakdirkan untuk tinggal di asrama. Walaupun tidak pernah berenggaang dengan keluarga, aku nekad untuk tinggal di asrama. Ayah menyokong keputusan ku, tetapi ibu berat hati untuk melepaskan aku pergi. Mana tidak nya, aku tidak pandai lagi hidup berdikari semasa itu. Ibu sangat risau akan kehidupan ku di asrama kelak.


Alhamdulillah, aku sudah selamat mendaftar sebagai pelajar di sekolah yang baru bagi diri ku. Aku cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah baru tersebut. Alhamdulillah, aku dapat juga menyesuaikan diri di sana. Aku mempunyai ramai kawan-kawan di sekolah tersebut. Kami seperti adik beradik, makan bersama-sama, main bersama-sama, kongsi masalah bersama-sama. Gembira sangat masa tu.
Semasa aku berada di tingkatan satu, aku meminati seorang lelaki ini. Dalam cerita ni, aku gelarkan dia sebagai budak orange. Aku selalu mengulangkaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Budak orange tu pun selalu datang perpustakaan. Aku ada jugak ushar-ushar dia. Hehe..aku minat dia pun sebab aku tengok dia macam budak baik je, alim dan senyuman dia menawan. Biasa lah, zaman remaja baru nak kenal dunia. Mesti ada perasaan minat pada seseorang. Menyukai seseorang adalah fitrah manusia. Itu tidak dapat dinafikan.
Aku adalah pelajar kelas rancangan khas sains, manakala budak orange pelajar rancangan khas agama. Kelas kami berada di blok yang sama. Kelas aku hujung sekali. Kelas budak orange selang sebelah kelas aku. Kami tak pernah sembang pun. Mungkin ketika itu aku menyukai budak orange dalam diam. Aku pendam kan je perasaan aku ini. Sampai lah pada suatu hari, ketika berada di dalam kelas, aku memerlukan sangat salotip sebab nak balut buku, tapi salotip tak ada. Aku pun bergurau dengan rakan lelaki sekelas ku, aku katakan pada mereka, ‘mintak salotip kat budak orange’. Mereka pelik. Kenapa aku tiba-tiba cakap nama budak orange. Bermula dari situ lah budak orange tahu yang aku menyukainya.
Iman, ada orang bagi kad raya. Ak terkejut. ‘sapa pulak dah bagi ni ??’ Rupa-rupanya kad raya tu pemberian dari budak orange. Cute sangat kad tu. Keesokkan hari nya, aku pun membalas kad raya tersebut. Aku kirim kan kad tersebut kepada rakan lelaki sekelasku. Budak orange telah menerima kad tersebut. Walaupun kami telah berbalas-balas kad, tetapi kami tidak pernah bersembang mahupun ‘berdating’.
Selama 3 tahun aku bersekolah disitu. Akhirnya, semasa awal tingkatan 4, aku telah berpindah ke sekolah lain. Iaitu sekolah yang berdekatan dengan rumahku. Aku tidak tinggal di asrama. Aku memulakan persekolahan tingkatan 4 lewat semiggu kerana menunggu surat pertukaran sekolah dari pihak PPD. Surat tersebut lewat sampai di rumahku. Tetapi tidak menjadi masalah walaupun lewat kerana ketika itu adalah minggu orientasi. Jadinya, aku tidak menyertai minggu orientasi. Lega ku rasakan kerana setahu aku, orientasi sangat membosankan. Aku menyambung aliran sains di sekolah baru tersebut. Pertama kali aku menjejakkan kaki di makmal kimia, aku sudah jatuh hati dengan seorang pelajar lelaki kelas agama yang mengambil subjek kimia juga. Disini aku gelarkan dia sebagai si F. Kelas kami di gabungkan ketika subjek sains. Setiap hari aku bersemangat untuk ke sekolah kerana dapat melihat si F.
‘Apa?? Pindah sekolah ???’...Bermula dari saat aku mengetahui berita pertukaran sekolah si F , aku sudah tidak bersemangat untuk ke sekolah. Aku menyukai si F kerana dia pernah memasuki pertandingan tilawah Al-Quran dan wajahnya menyejukkan hati sesiapa yang memandang. Tidak sampai 2 minggu aku mengenali si F, dia sudah pun bertukar ke sekolah lain. Betapa sedihnya aku ketika itu. Aku menangis sepuas-puasnya di atas tikar sejadah, memohon kekuatan dari Illahi. Alhamdulillah, aku berjaya menghadapi ujian itu. Inilah kuasa yang Maha Esa, Dia telah menghilangkan kesedihan yang aku alami selama ketiadaan si F.
‘Salam, kenal saya lagi x??’ Sender:019-545____...Pada suatu malam, aku telah menerima kiriman sms tersebut. Aku tidak tahu siapa pengirim sms tersebut. Dalam kotak fikiran ku hanya terlintas si F. ‘Mungkin nombor ni adalah si F’. Wah! Seronok nya si F hantar mesej. Aku membalas sms tersebut tanpa ragu-ragu. Ketika itu aku sangat yakin bahawa si F adalah pengirim sms tersebut. Keesokkan harinya, aku tekad untuk menelifon pemilik nombor tersebut.
-‘helo, sapa nih ?
-‘budak orange’
Papp!! Terus aku mematikan talian telifon. Apa??? Budak orange??!! Bukan si F??!! Malunya aku!!!
Ya Allah, kenapa aku boleh tak perasan nombor tu bukan si F. Rupa-rupanya selama 3 hari tu, aku bersms dengan budak orange, bukan si F. Malu rasanya.
Selama seminggu aku langsung tak contact budak orange. Macam mana dia dapat nombor aku? Ingat lagi dia kat aku? Pelik-pelik.


Seminggu berlalu, tiba-tiba hati ku teringat akan budak orange. Pantas aku mendapatkan handset ku. Lalu, aku menghantar sms kepada budak orange. Yeah! Sms ku berbalas! Mungkin disebabkan kesunyian, aku mengisi masa lapangku dengan bersms. Sejak dari itu, aku dan budak orange menjadi pasangan kekasih. Seawal  tingkatan empat, aku sudah pandai berkapel. Setiap hari bertanya khabar, bersms, dan telefon. Memang sudah menjadi kebiasaan pasangan berkapel iaitu masa mula-mula kapel je manis. Maksudnya, lepas beberapa bulan kapel, rasa strees, xbest, tension dan menyesal kapel. Tapi nak buat macam mana, darah muda...Tetap nak kapel jugak. Sayang lah konon. Macam-macam janji di taburkan macam tabur milo dinosour je. Awak merajuk, saya pujuk. Awak sedih? Tak pe, saya ada. Oh! Bahagianya aku kerana ada orang menyayangi ku. Bila aku teringatkan perkara itu kembali, terasa begitu bodoh diri ini.
Sekarang, sudah genap 3 bulan aku dan budak orange memutuskan hubungan kami. Bayangkan, selama 4 tahun bercinta, membuat dosa, akhirnya putus juga hubungan kami. Itulah, bercinta sebelum nikah tidak kemana. Apa yang dapat adalah dosa. Walau apa pun, inilah pengalaman aku di usia remaja. Perkara yang lepas dijadikan teladan...
Kini, sudah setahun lebih aku melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Budak orange pun berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Aku di timur, dia di utara. Kiranya, kami memutuskan hubungan ketika berada di universiti. Sejak meneruskan pelajaran di universiti, budak orange semakin berubah. Aku dapat merasakan bahawa dia sudah berjumpa teman baru di sana. Perangai dia turut berubah juga. Semakin hari semakin stress aku memikirkan hubungan kami. Tidak dapat dinafikan yang aku ini seorang yang senang cemburu juga. Sukar untuk aku membuang sifat cemburu ini. Mungkin disebabkan sifat ini juga budak orange berubah menjadi budak orange yang tidak sama seperti budak orange yang aku kenali dahulu. Dia betul-betul berubah.
Akhirnya, aku bertekad untuk memutuskan hubungan kami. Pada suatu petang, hati ku tergerak untuk membaca sebuah artikel bertajuk anda sedang berkapel? Artikel itu agak panjang. Isi-isi artikel tersebut sangat menyentuh hati. Hampir menitiskan air mata ketika aku membaca artikel itu. Mana tidaknya, baru aku sedar bahawa kapel itu haram. Betapa murahnya harga diri seorang wanita yang berkapel sebelum menikah. Seperti tidak percaya aku ketika membacanya. Hakikatnya adalah benar.
Ya, bercinta sebelum menikah adalah haram. Sejak menyertai sebuah persatuan yang bercirikan islamik di universiti, aku semakin kuat melawan hawa nafsu yang sering mengajak aku melakukan dosa. Hal ini kerana aku sering bergaul dengan hamba-hamba Allah yang berjuang ke jalan Nya. Kami sering mengadakan halaqah dan membincangkan isu-isu semasa. Aku semakin matang untuk membuat sesuatu keputusan. Aku bertekad tidak akan mengadakan apa-apa hubungan terlarang dengan lelaki ajnabi. Walaupun pada hakikatnya perasaan menyukai seseorang lelaki ada dalam diri ini, aku berusaha sedaya yang boleh untuk mempertahankan maruah diriku dengan tidak berkapel.


Aku bukan lah seorang wanita yang sempurna dan lemah lembut. Aku ni jenis gila-gila jugak. Aku suka menyakat orang dan agak loqlaq. Inilah diriku yang sebenar. Menjadi diri sendiri itu amat penting dalam hidup. Meskipun aku ini seorang yang gila-gila, aku tetap menjaga penampilan ku sebagai seorang muslimah sejati. Tambahan pula, aurat mestilah dijaga dengan rapi. Aku masih teringat akan sebuah nasihat yang bertajuk kasihanilah suami. Aku tertarik membaca nasihat tersebut kerana aku mahu tahu apakah sebenarnya maksud tajuk itu. Antara ayat-ayat yang masih aku ingat ialah ‘kasihanilah suami anda dengan menjaga aurat anda. Tak kan suami anda menjadi orang yang terakhir melihat aurat anda?’ fikir-fikirkan....
Kini, aku berazam dan berusaha untuk menutup dan menjaga aurat ku sebaik yang mungkin. Sebenarnya lebih molek dan selamat jika kita menutup aurat dengan sempurna. Kita tidak  akan diganggu oleh mana-mana lelaki yang tidak dikenali jika penampilan kita ditutup dengan sempurna. Itulah hikmahnya menjaga aurat. Lagipun, aku bercita-cita untuk mempamerkan aurat ku kepada suami ku kelak setelah di ijab Kabul kan pada suatu hari nanti. Biarlah suami ku nanti menjadi lelaki ajnabi pertama dan terakhir melihat aurat ku.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mengikis sedikit demi sedikit perasaan sayang yang pernah ada dalam hati ini terhadap budak orange. Inilah kuasa Allah SWT. Walaupun sangat sukar untuk aku melupakan budak orange, akhirnya Allah telah menghilangkan perasaan sayang tersebut hari demi hari.
Kini, aku hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian ku kepada amal ibadah dan pelajaranku. Aku ketepikan segala perkara yang boleh mengganggu fokus ku disini. Ya Allah, engkau bantulah aku untuk melupakan segala kenangan bersama budak orange yang pernah tercatat dalam diari hidupku suatu ketika dahulu. Aku memohon pada Mu Ya Allah...







No comments:

Post a Comment